Maklumat tambahan Wikipedia:Rencana_tunas

Kategori rencana tunas baru

Jika:

  • anda mengesan sekumpulan rencana tunas yang tidak sesuai untuk dimasukkan ke dalam kategori yang sedia ada; atau
  • bilangan rencana dalam sesuatu kategori rencana tunas telah menjadi terlalu banyak dan mungkin boleh diperbaik melalui pembahagian supaya kategori dijadikan lebih khusus;

anda boleh mencadangkan penciptaan sebuah kategori rencana tunas yang baru. Jenis kategori rencana tunas yang baru akan diperdebatkan dalam Wikipedia: WikiProjek pengisihan rencana tunas/Cadangan. Sebelum anda mencadangkan kategori yang baru, pastikan bahawa anda telah mempertimbangkan enam garis panduan yang berikut:

  1. Adakah sebuah kategori rencana tunas untuk topik ini telah wujud? Periksa senarai.
  2. Adakah pengtakrifan kategori baru itu cukup rapi untuk membantu penyunting-penyunting mengesan rencana-rencana yang mereka mempunyai kepakaran untuk mengembang?Ingatlah bahawa penggunaan kategori-kategori rencana tunas ialah suatu cara untuk memudahkan pengembangan rencana.
  3. Adakah kategori rencana tunas yang baru itu meliputi lingkungan yang tidak diliputi oleh kategori yang lain, ataupun dapat menghasilkan sebuah subkategori tertakrif rapi yang boleh berbuat demikian?
  4. Sebuah kategori baru mungkin boleh dijadikan subkategori untuk lebih daripada satu kategori yang wujud, umpamanya dalam kes {{tunas-bio-besbol}} yang merupakan anak untuk kedua-dua {{tunas-bio-sukan}} dan {{tunas-besbol}}.
  5. Adakah bilangan rencana tunas terkini mewajarkan jenis kategori baru ini? Akankah bilangan rencana untuk kategori ini dalam jangka pendek mencukupi?Lazimnya, julat ambang ialah antara 100 hingga 300 buah rencana. Ambang ini boleh diketepikan jika kategori rencana tunas itu merupakan alat untuk digunakan dalam WikiProjek. Secara amnya, mana-mana satu kategori yang baru harus mengandungi sekurang-kurang 60 buah rencana.
  6. Akankah kategori baru anda bertindih dengan kategori yang lain? Misalnya, rencana tunas geografi diisihkan melalui negara dan oleh itu, anda tidak patut mencipta tunas-gunung atau tunas-sungai.
  7. Jika anda mencipta sebuah subkategori melalui pembahagian sebuah kategori yang sedia ada, akankah kategori rencana tunas yang baru ini mengurangkan saiz kategori induknya dengan berkesan?Ini bukan suatu keperluan yang wajib, tetapi keperluan ini merupakan alasan untuk penciptaan sebahagian besar daripada kategori-kategori rencana tunas yang sedia ada.

Jika anda berpendapat bahawa anda berpuas hati dengan jawapan anda terhadap garis-garis panduan ini, cadangkanlah penciptaan kategori rencana tunas yang baru di Wikipedia: WikiProjek pengisihan tunas/Cadangan. Jika anda tidak mendapat sebarang bantahan dalam tempoh seminggu, anda boleh memulakan penciptaan kategori rencana tunas yang baru.

Mencipta templat tunas

NOTA: Jangan mencipta kategori rencana tunas baru sebelum perbincangan dalam Wikipedia: WikiProjek pengisihan rencana tunas/Cadangan.

Jika cadangan anda telah dipersetujui, anda perlu mencipta sebuah templat untuk dipaparkan dalam rencana-rencana yang merupakan rencana tunas. Templat ini harus dinamai dengan nama berlogik, mengikut model yang berikut: Templat: tunas-topik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada rencana ini.

Yang berikut ialah format asas untuk templat rencana tunas yang baru:

<div class="boilerplate" id="tunas">''Rencana [[A]]-berkait ialah sebuah [[Wikipedia:Rencana tunas|rencana tunas]]. Anda boleh membantu Wikipedia untuk {{plainlink|{{SERVER}}{{localurl:{{NAMESPACE}}:{{PAGENAME}}{{!}}action=edit}}|mengembangkannya}}''.</div>[[Kategori:Rencana tunas B]]

Anda mungkin hendak menampal kod ini ke dalam templat anda yang baru dan mengubahsuaikannya dengan teks yang sesuai. Gantikanlah huruf A dan B seperti berikut:

  • A: Masukkan topik rencana tunas dalam medan ini. Misalnya, jalan. Topik itu harus mempunyai sebuah rencana yang sempurna, dan bukan merupakan lagi sebuah rencana tunas.
  • B: Medan ini harus digantikan dengan sebuah kategori yang sesuai, agar rencana tunas itu akan disenaraikan secara automatik bersama-sama dengan rencana-rencana tunas sejenisnya yang lain. Meneruskan dengan contoh dahulu, anda perlu menggantikan B dengan jalan. Apabila halaman itu disimpan, sebuah templat baru akan dicipta, iaitu {{tunas-jalan}} untuk contoh ini.

Anda juga boleh mengautomasikan kaedah penciptaan templat rencana tunas yang baru dengan menggunakan sintaks yang berikut:

{{subst:metatunas|rencana=A|kategori=B}}

Ini akan menghasilkan sebuah pesanan yang menyatakan: "Rencana A-berkait ini ialah sebuah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia untuk mengembangkannya" serta memasukkan rencana tunas ini ke dalam kategori yang dinamai "rencana tunas B", serupa dengan kaedah insani yang tertulis di atas.

Anda juga boleh memasukkan sebuah imej yang kecil ke dalam templat rencana tunas ("ikon rencana tunas") anda. Bagaimanapun, perbuatan ini tidak digalakkan kerana ia membebankan pelayan-pelayan Wikipedia. Jika anda masih hendak menggunakan imej, gunakanlah penformatan seperti yang diberikan oleh {{MetaPictunas}} (dan jangan lupa menggunakan awalan subst:). Selain itu, imej harus berada dalam domain awam ataupun mempunyai lesen yang bebas. Polisi Wikipedia tidak membenarkan penggunaan imej kegunaan adil dalam mana-mana satu templat, termasuknya templat rencana tunas.

Mencipta kategori tunas

NOTA: Jangan mencipta kategori rencana tunas baru sebelum perbincangan dalam Wikipedia: WikiProjek pengisihan rencana tunas/Cadangan.

Kemudian, anda harus mencipta sebuah kategori untuk mengandungi rencana-rencana yang mempunyai teg rencana tunas yang baru. Jangan ciptakan kategori baru sebelum anda memasukkan templat baru ke dalam mana-mana satu rencana.

Untuk memulakan penyuntingan, anda harus mengikut pautan kategori yang merah dalam templat rencana tunas yang anda telah mencipta. Dalam kes ini, ia akan termuncul sebagai Kategori: Rencana tunas jalan raya. Yang berikut ialah format asas untuk kategori-kategori rencana tunas:

{{Kategori rencana tunas|rencana=[[A]] (satu atau lebih)|tunas-baru=B|kategori=C}}
  • A: Masukkan pemerihalan kategori di sini. Kes ini ialah jalan raya. Anda boleh mengembangkan pemerihalan dengan menambahkan istilah, umpamanya, pengangkutan jalan raya.
  • B: Masukkan nama rencana tunas di sini.
  • C: Masukkan nama kategori bukan rencana tunas yang berperingkat lebih tinggi, umpamanya pengangkutan jalan raya untuk contoh ini.

Sintaks ini membuat empat perkara:

  1. memasukkan Kategori: Rencana tunas jalan raya ke dalam Kategori: Kategori rencana tunas
  2. memberikan pemerihalan kategori
  3. memaparkan teks rencana tunas
  4. memasukkan kategori ini ke dalam kategori yang berperingkat lebih tinggi, iaitu untuk contoh ini, Kategori: Rencana tunas jalan raya menjadi ahli Kategori: Pengangkutan jalan raya.

Oleh itu, format untuk contoh tersebut akan kelihatan seperti yang berikut:

{{Kategori rencana tunas|rencana=[[Jalan raya]] atau [[Pengangkutan jalan raya]]|tunas-baru=Rencana tunas jalan raya|kategori=Pengangkutan jalan raya}}

Adalah lebih elok jika anda memasukkan kategori anda ke dalam kategori rencana tunas yang lebih besar, jika ada. Bagaimanapun, tidak terdapatnya kategori yang lebih besar untuk Kategori: Rencana tunas jalan raya.

Untuk meningkatkan keberkesanan dan darjah penglihatan kategori, anda mungkin hendak memasukkan kategori anda ke dalam beberapa kategori. Misalnya, yang berikut akan memasukkan kategori anda ke dalam kategori jalan raya:

[[Kategori: Jalan raya]]

Selepas anda tekag siap, adalah penting bahawa anda memastikan bahawa kedua-dua rencana tunas dan kategori rencana tunas yang baru itu dikaitkan dengan betul ke kategori-kategori yang lain. Umpamanya, untuk tunas-jalan, kategori tunas-jalan harus menjadi ahli Kategori: Kategori rencana tunas (kerana ia merupakan kategori rencana tunas) dan Kategori: Jalan raya (kerana ia merupakan kategori yang terdiri daripada jalan raya). Jika kategori anda yang baru itu dicipta daripada sebahagian kategori (atau kategori-kategori) rencana tunas, kesemuanya juga harus disenaraikan di sini (umpamanya, Kategori: Rencana tunas geografi Perancis harus merupakan sebahagian Kategori: Rencana tunas Perancis dan Kategori: Rencana tunas Eropah).

Pada ketika ini, anda perlu memasukkan kategori rencana tunas yang baru ke dalam senarai ini: Wikipedia: WikiProjek pengisihan rencana tunas/Jenis rencana tunas

Ketika kategori rencana tunas yang baru telah diluluskan oleh WP:WSS (yang biasanya perlu dibuat sebelum penciptaannya), masukkanlah templat {{WPSS-cat}} ke dalam halaman kategori anda untuk menjelaskan bahawa kategori itu telah menjalani proses penyemakan yang wajib dan telah diluluskan melalui sepersetujuan.

Jika anda mempunyai keraguan atau komen mengenai mana-mana satu bahagian proses ini, jangan teragak-agak untuk mengemukakannya di sini.